top of page
hope-jan.png

Mengenai IPIP

Bertekad membentuk masyarakat Muslim yang soleh di Singapura selama lebih 50 tahun.

Tujuan Kami

XMLID_3192_.png

Visi

Menjadi Institusi pendidikan Islam yang unggul dalam membentuk insan soleh musleh ke arah melahirkan khaira ummah.​

mission_1628579.png

Misi

Menerajui Pendidikan Islam di Singapura bagi melahirkan Generasi Du’at dan Masyarakat yang beriman, menghayati dan menegakkan Amr Ma’aruf dan Nahy Munkar.

Group 3822.png

Falsafah

Pembentukan dan pembinaan individu muslim melalui ilmu yang bersepadu berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Tasawwur yang jelas dengan kefahaman wasatiy bagi menyumbang kepada kecemerlangan masyarakat.

Nilai Kami

Group 3656123.png

Keimanan dan Ketakwaan (Iman dan Taqwa): Membina masyarakat yang berteraskan ajaran Islam.

Group 365812345.png

Ilmu dan Wawasan (Basirah dan Ilmu): Melengkapkan para Du’at dengan pengetahuan dan kebijaksanaan.

Group 3659098.png

Perpaduan dan Ukhuwah: Memupuk rasa kebersamaan dalam kalangan komuniti Muslim.

Group 366009876.png

Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran (Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar): Menegakkan prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan.

DSC_0648.png
Group 3661245.png

Syiar

“Adalah kamu sebaik-baik ummah yang dilahirkan bagi manusia, (supaya) kamu menyuruh dengan yang ma’aruf dan melarang dari yang mungkar serta beriman kepada Allah”

– Ali Imran : 110.​

Perjalanan Kami

Selama 50 tahun yang lalu, Pergas telah mengadakan kelas-kelas pengajian Islam yang dikendali dengan Madrasah Mingguan Pergas (MMP) dari tahun 1987 sehingga kini. Kini nama MMP telah dinaik taraf kepada Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) pada tahun 2005.

1986

1.png

Madrasah Mingguan Pergas (MMP) ditubuhkan

Sebelum diterima masuk, para pelajar ditemuramah oleh beberapa asatizah termasuk Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Bin Tengku Mahid Jumat, Ustaz Jazair Bin Jumat dan Ustaz Masbur Bin Ahmad

1989

madrasah-aljunied-old.png

MMP dikembangkan di Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Permintaan untuk mempelajari bahasa Arab meningkat dan tempat tidak mencukupi. Oleh itu, kelas di Madrasah Aljunied dibuka pada sebelah malam sebanyak 3 kali seminggu

1999

wisma-indah.png

Pergas berpindah ke Wisma Indah

Kelas-kelas MMP juga mula dijalankan di sini

2005

3.png

MMP dinaik taraf kepada Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP)

Pelancaran dua program baru

Program Diploma Pengajian Islam dan program Sarjana Muda dalam Ilmu Wahyu wan Warisan Islam (Bachelor in Islamic Revealed Knowledge & Heritage)

2006

2.png

Konvokesyen IPIP yang pertama diadakan

Sebilangan besar graduan menerima sijil mereka di konvokesyen yang berlangsung di Majestic Theatre

2011

masjid-alkhair.png

Kerjasama dengan Masjid Al-Khair

Program Sijil Lanjutan Pengajian Islam dijalankan buat pertama kali di sini dalam usaha mengembangkan program IPIP di bahagian barat Singapura.

Kohort lulusan pertama program Sarjana Muda, kerjasama antara Pergas dan UIA

Seramai 16 graduan keluaran IPIP menghadiri konvokesyen bagi penyampaian sijil di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

2012

4.png

Meneroka peluang Franchise bersama Pusat Pengajian Darul Huffaz

Program Sijil Pengajian Islam ditawarkan kepada para pelajar Darul Huffaz

2015

masjid-muttaqin.png

Kerjasama dengan Masjid Al-Muttaqin

Dua program IPIP dijalankan di sini iaitu Sijil Pengajian Islam dan Sijil Lanjutan Pengajian Islam.

2016

masjid-darul-makmur.png

Kerjasama dengan Masjid Darul Makmur

Program Sijil Lanjutan Pengajian Islam dijalankan buat pertama kali di sini bagi membuka jalur pengajian pelajar aLIVE ke peringkat yang lebih tinggi

2018

mdis.png

IPIP dikembangkan ke MDIS Changi Road

Ini untuk menempatkan kelas bagi kursus-kursus singkat iaitu Pengajian Al-Quran dan Pengajian Bahasa Arab

Kini

bottom of page