top of page
SPI-IPIP.jpg

Sijil Lanjutan Pengajian Islam

Mendalami pengajian Usuluddin dan Syariah seperti Ulum al-Quran, Hadis, Fiqh dan Tasawuf.

Melayu

16 tahun ke atas

Laluan Ekspres (1½ tahun)/
Harian (3 tahun)

Pembelajaran teradun (online dan fizikal)

Tentang Program

Program Sijil Lanjutan Pengajian Islam bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengajian dalam ilmu Usuluddin dan Syariah seperti ulum al-Quran, Ulum Hadis, Fiqh Ekonomi, Sejarah Perundangan Islam, Tasawuf dan lain-lain lagi. Silibus pengajian ini setara dengan silibus peringkat GCE ‘A’ bagi memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur. Bagi keberkesanan pembelajaran, program ini memuatkan pendekatan secara teori dan praktikal. Matlamatnya adalah:

Matlamat Program

Group 3822.png

Pemahaman terhadap islam

Melahirkan individu Muslim yang memahami Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islah sesuai dengan konteks semasa kehidupan di Singapura.

Group 3823.png

Bahasa arab

Mengenali dan memahami bahasa Arab secara asas dan pertengahan.

Group 3824.png

fikrah islamiah

Mendedahkan dan menjelaskan Fikrah Islamiah dan Tasawwur Islami terhadap beberapa aspek kehidupan (ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan tamadun).

  • Berumur 16 tahun ke atas

  • Mempunyai kelayakan atau sijil dalam salah satu berikut:

  • Tamat dan lulus Sijil Pengajian Islam (SPI) di IPIP

  • Tamat Youth aLIVE

  • Pelajar madrasah separuh masa yang lulus Menengah 4

  • Pelajar madrasah sepenuh masa yang lulus Menengah 3

  • Pra Diploma Andalus

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kenapa Pilih Sijil Lanjutan Pengajian Islam?

Pembelajaran yang terstruktur, disesuaikan mengikut tahap setiap pelajar.

Asatizah yang berpengalaman untuk membimbing anda menguasai tajwid.

Persekitaran pembelajaran yang menyokong, dengan saiz kelas yang kecil.

20241118_124214.png
Screenshot 2025-06-18 at 12.37.02.png

Ahmad Zikri

Pelajar SLPI

Saya mula menghafal Al-Quran kerana ingin mendapatkan markah yang baik, tetapi ia akhirnya menjadi satu amalan yang bermakna. Kini, saya membacanya setiap hari sebelum tidur dan sebelum ke sekolah. Kurikulum berstruktur IPIP telah memperdalam pemahaman saya, dan saya amat mengesyorkannya bagi sesiapa yang ingin belajar Islam di Singapura.

Screenshot 2025-06-18 at 12.39.32.png

Abdul Latiff

Pelajar SLPI

Apa yang saya suka tentang program SLPI ialah ia berstruktur, menarik dan tersusun dengan baik.

Screenshot 2025-06-18 at 12.42.00.png

Islinda Khalid

Pelajar SLPI

Pendapat saya tentang kursus ini ialah ia membantu mengukuhkan pengetahuan agama, membuka hati dan minda, serta mendalami apa yang kita dipraktikkan selama ini.

Yuran

Pendaftaran & Administrasi

$163.50 (Wang tidak akan dikembalikan)

Pengajian

$3526.65 (satu semester)

Struktur Pembayaran

Pelajar diwajibkan membayar yuran pengajian melalui Giro. Struktur pembayarannya ialah seperti berikut

Pembayaran Pertama

$419.70

SLPI Ekspres:
$177.54 (selama 17 bulan)
$88.77 (pembayaran terakhir)

SLPI Mingguan:
$88.77 (selama 35 bulan)

*Semua harga yang tertera sudah termasuk GST.

BYSD icon-2.png

IPIP juga menawarkan biasiswa untuk para pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang memerlukan sokongan kewangan tambahan.

ketahui lanjut

    • Tidak boleh buat masa ini.

    • Tidak boleh buat masa ini.

FAQ

islamic-new-year-decoration-with-praying-beads-quran.png

Modul Program

  • Modul ini memberi pengenalan kepada aspek-aspek penting dalam Dakwah dan juga ilmu dalam berdakwah. Topik-topik dalam modul ini merentas daripada perkara asas berkaitan – siapakah juru dakwah, persiapan, akhlak dan kualiti perlu ada sehingga kepada aspek pengurusan dan perancangan dakwah, dan beberapa metodologi dan wasilah yang boleh digunakan. Selain modul memberi penekanan sudut aplikasi  dan penganalisaan masalah dalam isu-isu sosial semasa yang dihadapi oleh pendakwah.

  • Modul ini bertujuan mengenalkan pelajar kepada aspek pengkajian Al-Hadith dari segi sejarah penurunan, pembukuan, pembahagian & penyusunannya. Ia juga akan menyentuh kajian yang berkaitan dengan jenis-jenis Hadith.

  • Modul ini membahaskan dengan lengkap ilmu-ilmu al-Qur’ān yang diperlukan oleh pembaca dan penuntut agama zaman sekarang. Pembahasan-pembahasannya disusun begitu rupa agar ia mencerminkan tahap keperluan mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai al-Qur’ān. Modul ini juga merupakan satu-satunya buku ʿUlūm al-Qur’ān yang memuatkan pembahasan penting mengenai kaitan ilmu Sains dan al-Qur’ān.

  • Modul ini membahaskan sejarah perundangan Islam dari awal pengutusan Nabi S.A.W sebagai rasul hingga era kemodenan. Pengajian yang menyentuh pembentukan mazhab-mazhab fiqhiyah yang mu’tabar dan juga yang telah pupus.

  • Modul ini akan membina kefahaman fiqh melalui ilmu Usul Fiqh. Memahami terbinanya sesebuah hukum dengan mengaplikasikan ilmu Usul Fiqh oleh para Ulama’ dan kegunaannya dalam menghadapi situasi semasa dan akan datang. Perbahasan mengenai sumber-sumber hukum, kaedah pengambilan hukum, Ijtihad dan taqlid.

  • Modul ini memberi penekanan dan amalan mengenai Allah swt dengan lebih dekat. Ia juga membincangkan mengenai pengenalan ilmu tasawuf, istilah-istilahnya, sebab-sebab, kesan-kesan dan pengaruh tersebarnya ilmu ini. Ia juga merangkumi pendedahannya mengenai amalan-amalan dan ajaran ahli tasawwuf.

  • Modul ini menerangkan konsep umum ilmu fiqh dan juga dasar-dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang berkaitan dengan bab Perkahwinan. Secara umum, kursus akan menyentuh hal dan keadaan dalam kehidupan harian seorang Muslim dan memperlihatkan perlaksanaan hukum-hakam fiqh secara praktikal. Modul ini akan melanjutkan perbahasan hukum hakam yang berkaitan dengan Bab Munakahat yang merangkumi bab-bab berikut  – Bab Talaq, Iddah, Rujuk, Khuluk, Fasakh, Zihar & Li’an.

  • Modul ini akan melanjutkan perbahasan hukum hakam yang berkaitan dengan Bab Mu’amalat yang merangkumi bab-bab berikut:

    Jual Beli, Riba Modal, Hutang Piutang / Pemindahan Hutang, Hibah(Anugerah), Ijarah, Ji’alah (Saguhati),Sulh (Perdamaian),Pemindahan Hutang( Hawalah),Syuf’ah, Pajak (Musaqah), Pinjaman, Syarikat Perniagaan, Qiradh (Mudharabah), Wadi’ah, Luqatah, Gadaian, Jaminan, Perwakilan, Ikrah dan Merampas.

  • Modul  ini secara umumnya melatih pelajar kemahiran menyebut, membaca dan menulis perkataan atau perbualan yang sering digunakan di dalam bahasa arab. Ia juga mendedahkan kepada pelajar pengetahuan, kefahaman dan kemampuan aplikasi asas tatabahasa Arab.

Anda kini berada di sini!

Laluan pengajian Islam di IPIP

Program Takrif Islam (PTI)

3 or 6 Months

Sijil Pengajian Islam (SPI)

1 or 2 Years

Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI)

1.5 or 3 Years

Penilaian Program

Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian.

(Pelajar perlu menduduki peperiksaan menulis dan menghafal dalam satu masa). Keseluruhannya, penilaian sepanjang semester:

1. Modul - Modul
30%

Bilik Darjah

10%

Kehadiran

60%

Peperiksaan

2. Syarat Kelulusan 
50% ke atas

Syarat Lulus

3. Hafalan Quran & Hadith 
100%

Ujian Lisan

65% ke atas

Syarat Lulus

new cta image ipip.png

Mulakan Pengajian Islam anda bersama IPIP

bottom of page