top of page
BIRKH-scaled.jpg

Sarjana Muda Pengajian Islam

Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP).

Kepimpinan & Dakwah

Bahasa Melayu

Pengajian Separuh Masa

4.5 Tahun

Pembelajaran Teradun (Fizikal dan Online)

Mengenai Program

Membentuk Khaira Ummah melalui Ilmu dan Adab

 

Program Sarjana Muda Pengajian Islam merupakan program pengajian di peringkat sarjana muda yang berteraskan aspirasi IPIP dalam membentuk Khaira Ummah melalui ilmu dan adab. Program ini terbuka kepada lepasan Diploma Pengajian Islam IPIP atau pemegang kelayakan yang setara.


Program ini menawarkan pengajian Islam yang menyeluruh dan relevan dengan keperluan semasa, merangkumi bidang al-Quran dan al-Sunnah, Akidah, Syariah dan Fiqh, Dakwah, Sejarah dan Tamadun Islam serta Pemikiran Islam.

 

Berteraskan tradisi keilmuan Islam, program ini turut membimbing pelajar untuk memahami dan mendepani isu-isu semasa, kepelbagaian masyarakat serta cabaran dakwah dalam konteks dunia kontemporari.


Pendidikan tidak hanya menekankan penguasaan ilmu, tetapi turut memberi perhatian kepada pembentukan insan yang beradab, mampu memahami dan menghayati ilmu serta menterjemahkannya dalam kehidupan dengan hikmah dan tanggungjawab.

 

Di samping penguasaan ilmu Islam, program ini turut memberi penekanan kepada Dakwah dan Kepimpinan bagi membentuk kefahaman, kemahiran dan peribadi pelajar. Pelajar dibimbing untuk memahami dan menghayati ilmu, menterjemahkannya dalam kehidupan serta memimpin dan berdakwah dengan adab dan hikmah, demi memberi manfaat kepada diri, keluarga, teman dan masyarakat, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.


Program ini berhasrat melahirkan graduan yang berilmu dan beradab, mampu memimpin dan berdakwah dengan hikmah serta membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat ke arah pembinaan Khaira Ummah.

​

Keunikan & Kelebihan Program

Group 3822.png

Pengajian Islam dengan Penekanan Dakwah dan Kepimpinan

 

Memperkukuh penguasaan ilmu Islam serta membangunkan kefahaman dan kemahiran dalam dakwah dan kepimpinan untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan masyarakat.

​

10.png

Berteraskan Adab dan Pembentukan Insan

 

Membentuk graduan berilmu, beradab dan berintegriti serta mampu menterjemahkan ilmu
dalam kehidupan dengan hikmah dan tanggungjawab.

​

11.png

Berasas pada Tradisi Keilmuan Islam, Relevan dengan Realiti Semasa

​

Membimbing pelajar memahami dan mendepani isu-isu semasa, kepelbagaian masyarakat
serta cabaran dakwah dalam konteks dunia kontemporari.

​

student_8289404 (1).png

Kurikulum Berkualiti dan Tenaga Pengajar Berpengalaman

​

Kurikulum dibangunkan secara terancang dengan penglibatan tenaga akademik dan pakar
bidang serta disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman.

​

12.png

Fleksibel untuk Pembelajar Dewasa dan Profesional

​

Struktur Pengajian separuh masa dengan pembelajaran hujung minggu dan pendekatan blended learning yang mengambil kira keperluan pelajar dewasa serta mereka yang
bekerja.

​

13.png

Pembelajaran yang Menghubungkan Ilmu dengan Amali

 

Memberi ruang kepada pelajar untuk menterjemahkan ilmu melalui tugasan, penyelidikan, dakwah dan penglibatan bersama masyarakat.

14.png

Membina Keupayaan Memimpin, Berdakwah dan Menyumbang

​

Mempersiapkan graduan untuk membawa ilmu dan adab dalam peranan masing-masing serta menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara ke arah pembinaan Khaira Ummah.

Programme Details

  • Academic Requirements 

    • At least 3 principle passes in A Level or similar grades in equivalent qualifications;

    • OR

    • At least 5 Cs in the GCE ‘O’ level/IGCSE or the equivalent grades in GCSE or other qualifications at par with GCSE, AND one of the following:

    • – 5 years of working experience AND evidence of non-formal education in Islamic sciences

    • – Diploma Pendidikan Islam (DPI) of Institut Pengajian Tinggi Islam Al-Zuhri with at least the Jayyid grade

    • – Certificate of Pre-University 2 in Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah or Madrasah Aljunied Al-Islamiah or Madrasah Alsagoff Al-Islamiah with at least the Jayyid grade

    • – Diploma in Islamic Studies from Institut Pengajian Islam Pergas with at least the Jayyid grade

    • – Diploma from institutions recognized by the Government of Malaysia and the Senate of the University

    Language Requirements

    • At entry point, students shall possess English proficiency level at Band 5.5 of IELTS or Band 5.5 of IIUM’s English Placement Test (EPT) or other Senate-endorsed equivalent scores.

    • At entry point, students shall possess Arabic proficiency level at Band 4 of IIUM’s Arabic Placement Test (APT).

    • As graduation requirement, students shall achieve Band 6 of IIUM’s APT before the end of their studies.

    • Students who do not meet the minimum language entry requirements will not be allowed to enrol as pre-sessional students, unlike the practice implemented in the main campus for students in this situation. However, IIUM Academy may arrange pre-degree Arabic language enhancement courses if there is a demand for that by the prospective students.

  • Kursus ini menggunakan kaedah pembelajaran teradun (blended learning) yang menggabungkan pengajian bersemuka dan dalam talian (online):

    ​

    Agihan Pembelajaran:

    • 50% pengajian bersemuka (face to face) dan 50% pengajian dalam talian (online).

    ​

    Format Pengajian:

    • Gabungan Pengajian Segerak (Synchronous) dan Tidak Segerak (Asynchronous).

    ​

    Komponen Pembelajaran:

    • Sesi Live & Aktiviti interaktif.

    • Rakaman Slaid & Tugasan.

  • Students are required to fulfill 75% of the attendance for all 4 modules.

    No examinations will be conducted.

    • New intake will commence in Sept/Oct. Applications must be submitted by beforehand.

    • Prior to its commencement, applicants will have to take the EPT (English proficiency test) & APT (Arabic proficiency test).

Maklumat Program

Calon yang akan mengikuti program Sarjana Muda mesti mempunyai latar belakang pembelajaran asas Bahasa Arab dan mempunyai salah satu daripada kelayakan minima di bawah ini:

 

A. Kelayakan Akademik

Calon hendaklah mempunyai asas dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab, serta memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada kelayakan berikut:

  • Diploma Pengajian Islam (DPI) IPIP; atau

  • Kelayakan Prauniversiti/Aliyah daripada madrasah sepenuh masa; atau

  • GCE Peringkat ‘A’ dengan latar belakang Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang

        bersesuaian; atau

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kelayakan yang bersesuaian dalam Syariah, Usuluddin dan/atau Bahasa Arab; atau

  • Diploma dalam Pengajian Islam atau bidang berkaitan daripada institusi yang diterima oleh IPIP; atau

  • Kelayakan lain yang setara dan diterima oleh IPIP.

​

Calon dengan kelayakan lain yang setara boleh dipertimbangkan berdasarkan latar belakang akademik, penguasaan Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta penilaian kemasukan yang ditetapkan oleh IPIP.

 

B. Syarat/ Keperluan Program

  • Mampu membaca Al-Quran dengan lancar

  • Mempunyai asas Bahasa Arab sekurang-kurangnya pada peringkat
    pertengahan.

 

Calon yang belum memenuhi tahap kelancaran bacaan al-Quran yang ditetapkan dikehendaki mengikuti program sokongan Al-Quran.

​

Calon yang belum mencapai tahap Bahasa Arab yang ditetapkan melalui penilaian kemasukan dikehendaki mengikuti program pengukuhan Bahasa Arab yang ditetapkan oleh IPIP.


Nota: Kemasukan adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan IPIP. Kelayakan lain yang setara boleh dipertimbangkan berdasarkan kesesuaian latar belakang akademik calon.

​

Academic Requirements 

  • At least 3 principle passes in A Level or similar grades in equivalent qualifications;

  • OR

  • At least 5 Cs in the GCE ‘O’ level/IGCSE or the equivalent grades in GCSE or other qualifications at par with GCSE, AND one of the following:

  • – 5 years of working experience AND evidence of non-formal education in Islamic sciences

  • – Diploma Pendidikan Islam (DPI) of Institut Pengajian Tinggi Islam Al-Zuhri with at least the Jayyid grade

  • – Certificate of Pre-University 2 in Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah or Madrasah Aljunied Al-Islamiah or Madrasah Alsagoff Al-Islamiah with at least the Jayyid grade

  • – Diploma in Islamic Studies from Institut Pengajian Islam Pergas with at least the Jayyid grade

  • – Diploma from institutions recognized by the Government of Malaysia and the Senate of the University

Language Requirements

  • At entry point, students shall possess English proficiency level at Band 5.5 of IELTS or Band 5.5 of IIUM’s English Placement Test (EPT) or other Senate-endorsed equivalent scores.

  • At entry point, students shall possess Arabic proficiency level at Band 4 of IIUM’s Arabic Placement Test (APT).

  • As graduation requirement, students shall achieve Band 6 of IIUM’s APT before the end of their studies.

  • Students who do not meet the minimum language entry requirements will not be allowed to enrol as pre-sessional students, unlike the practice implemented in the main campus for students in this situation. However, IIUM Academy may arrange pre-degree Arabic language enhancement courses if there is a demand for that by the prospective students.

Yuran Pengajian

Yuran Pendaftaran

$218 (Wang tidak akan dikembalikan)

Yuran Pengajian (Sem 1)

$2,354.40

Yuran Pengajian (Sem 2)

$2,354.40

Yuran Pengajian (Sem 3)

$784.80

Jumlah Keseluruhan

$24,546.80

information icon

Yuran termasuk 9% GST.

​

Kadar yuran pengajian: S$196.20 bagi setiap kredit (termasuk 9% GST). Yuran yang dinyatakan tidak termasuk bayaran tambahan bagi peperiksaan khas, pengambilan semula subjek serta urusan akademik lain yang berkaitan. Semua yuran dan bayaran adalah tertakluk kepada perubahan.

  • Tenaga pengajar program terdiri daripada pensyarah dan pakar dalam bidang kepakaran masing-masing dari Singapura dan luar negara, termasuk tenaga akademik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui kerjasama sokongan pengajaran.

    ​

    Kepelbagaian latar belakang akademik dan pengalaman tenaga pengajar memperkayakan pembelajaran dengan menghubungkan tradisi keilmuan Islam, kepakaran bidang dan konteks semasa.

  • 20 pelajar.

FAQ

islamic-new-year-decoration-with-praying-beads-quran

What You’ll Learn

Pengenalan Kepada Islam (Tauhid),Hadis,dan-tafsir

Hukum syariah beserta lima rukun Islam secara umum. Menerangkan berkaitan Thoharah dan Solat secara ringkas

Memperkenalkan pembacaan al-Quran dari peringkat permulaan.(Tajwid)

Mempelajari Sirah Nabawiyyah

BIRKH (2).png
Malay.png

Anda kini berada di sini!

Laluan Pengajian Islam di IPIP

Diploma Pengajian Islam (DPI)

2 atau 4 Tahun

Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI)

4.5 Tahun

BIRKH-scaled_edited.png

Mulakan Pengajian Sarjana Muda Anda di IPIP

bottom of page