top of page
SPIR-Class-Photo_3-scaled.jpg

Sijil Pengajian Islam Remaja

Mempelajari dan memahami pengajian agama seperti: Tauhid, Fiqh, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sirah, Tajwid dan al-Quran.

Melayu

Untuk 13 – 15 tahun

Pengajian selama 4 tahun

Pembelajaran teradun (online dan fizikal) 

Tentang Program

Program Sijil Pengajian Islam Remaja bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengajian agama seperti Tauhid, Fiqh, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sirah, Tajwid dan al-Quran. Silibus pengajian ini setara dengan peringkat Sijil Pengajian Islam bagi memenuhi keperluan para penuntut remaja yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur. Bagi keberkesanan pembelajaran, program ini memuatkan pendekatan secara teori dan praktikal.

Matlamat Program

Group 3822.png

Melahirkan generasi yang berpengetahuan tentang ilmu pengajian agama secara berstruktur dan mengikut kesesuaiannya dalam konteks terkini.

Group 3824.png

Meningkatkan mutu bacaan al-Quran serta memperkukuh bacaan dalam solat.

Group 3822.png

Mempraktikkan dan memahami kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

  • Berumur 13 – 15 tahun

  • Individu yang belum atau telah mengikuti kelas peringkat rendah

Kenapa Pilih Sijil Pengajian Islam Remaja?

Pembelajaran yang terstruktur, disesuaikan mengikut tahap setiap pelajar.

Asatizah yang berpengalaman untuk membimbing anda menguasai tajwid.

Persekitaran pembelajaran yang menyokong, dengan saiz kelas yang kecil.

SPIR-Class-Photo_3-scaled.jpg
Screenshot 2025-12-01 at 3.41.04 PM.png

Puan Rahmah Idris

SPIR

Baru beberapa bulan belajar di IPIP, tapi saya dah nampak banyak perubahan. Cucu makcik dah boleh hafal surah dan hadith, bagi penerangan, dan baca Al-Quran dengan tajwid yang betul. Alhamdulillah, IPIP banyak bantu.

Yuran

Pendaftaran & Administrasi

$87.20 (Wang tidak akan dikembalikan)

Pengajian

$72 setiap bulan

*Semua harga yang tertera sudah termasuk GST.

    • Tidak boleh buat masa ini.

    • Tidak boleh buat masa ini.

FAQ

Modul Program

  • Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Tauhid dan kepentingannya. Ia kemudian akan membahaskan tajuk-tajuk rukun iman yang enam. Dari bab beriman kepada Allah hingga beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah. Secara umumnya, modul ini akan memberi pengenalan dan mukadimah kepada Ilmu Aqidah dan akan menyentuh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Makrifat kepada Allah dan sifat-sifatnya, hal ehwal Kenabian, tanda-tanda Kiamat dan lain-lain. Pengajaran Akidah ini berdasarkan / berpegang dengan aliran golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

  • Modul ini memberi singkapan awal terhadap pengertian Hadis Nabawi dan istilah-istilah yang diguna pakai dalam pengajian Hadis dan Teks Hadis. Modul ini juga memperkenalkan kepada pelajar beberapa tokoh terkemuka dalam pengajian hadis. Dalam masa yang sama, pelajar akan mempelajari beberapa hadis-hadis pilihan dari kitab al-‘Arbain an-Nawawiyah dan hadis Sahih Imam Bukhari.

  • Modul ini akan mendedahkan pelajar tentang kepentingan pengetahuan Sirah Nabawiyyah dalam memahami Islam. Ia membincangkan tentang hal keadaan masyarakat dunia secara amnya dan masyarakat Arab jahiliyah secara khusus sebelum kebangkitan Rasulullah SAW sehingga kewafatannya. Selanjutnya ia akan menyentuh tentang permulaan hijrah, hal masyarakat di Madinah dunia secara amnya, keadaan selepas hijrah, peperangan dalam sejarah Rasulullah SAW menurut susunan kronologi.

     

    Rasulullah SAW juga menerangkan tentang zaman pemerintahan Khulafa’ Rasyidin, seterusnya menyentuh peristiwa-peristiwa dalam sejarah sahabat Rasulullah. Kemudian ianya akan mencakupi penerangan mengenai pemerintahan selepas itu iaitu Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Tajuk yang akan disentuh adalah pembentukan, kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah.  Di samping itu, pelajaran ini juga dapat mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah serta mencontohi akhlak mulia beliau baginda.

  • Modul ini menerangkan tentang kepentingan memahami tuntutan Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran dari Juz ‘Amma. Setiap surah mempunyai huraian dan kesimpulan. Kursus ini juga akan menerangkan secara am dan  ringkas perbahasan yang berkaitan dengan ilmu Usul at-Tafsir. Ia juga  mengupas maksud, hukum-hakam, kisah-kisah & pengajaran daripada surah-surah pilihan.

  • Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Fiqh dan juga dasar-dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang berkaitan bab Ibadat. Pengajian akan menyentuh hukum berkaitan taharah, solat, zakat, puasa dan Haji. Secara umum, kursus akan menyentuh mengenai hal dan keadaan kehidupan harian seorang Muslim. Ia juga akan memperlihatkan pelaksanaan hukum-hukam (Fiqh) secara praktikal. Pengajaran Fiqh ini berdasarkan pegangan mazhab Imam Syafie.

  • Modul ini akan memperkenalkan kepada ilmu Tajwid Al-Quran dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya yang merangkumi hukum Nun Sakinah & Tanwin, Mim Sakinah, Bahagian Idgham,  Mad & Qasar, Huruf- Huruf di awal Surah , Waqf & Ibtida’ , Saktah , Sujud Tilawah , Hamzah Bersambung , Rasm Utsmani & Tanda Bacaan gan pembacaan Al-Quran yang meliputi hukum-hukum Tajwid pada peringkat permulaan.

    Al-Quran: Tilawah & Hafalan:

    Pelajar mesti dapat membaca dan menghafal al-Quran dengan bertajwid.

  • Menjelaskan kepentingan hubungan terhadap Allah, Rasul, Manusia & Alam.Menekankan nilai-nilai tingkah laku sesama insan dan melahirkan insan yang baik terhadap diri dan terhadap yang lain. 

islamic-new-year-decoration-with-praying-beads-quran.png
SPIR (2).png
Malay.png

Penilaian Program

Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kelas untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian.

Keseluruhannya, penilaian sepanjang penggal secara umum:

60%

Bilik Darjah

40%

Peperiksaan

new cta image ipip.png

Mulakan Pengajian Islam anda bersama IPIP

bottom of page