Pengenalan
Skim Biasiswa IPIP (IPIP Bursary Scheme – IBS) merupakan skim bantuan kewangan khas untuk pelajar-pelajar Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) yang bertujuan untuk mengalakkan mereka untuk belajar dan melanjutkan pengajian Islam.
Objektif
-
Meringankan beban kewangan pelajar yang kurang berkemampuan
-
Memberi peluang yang sama kepada pelajar yang mencari pendidikan Islam yang berstruktur
Insentif
Setiap penerima biassiwa IBS yang merujuk pelajar lain untuk mengikuti pengajian Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) dengan melampirkan resit pendaftarannya akan menerima insentif seperti berikut:
-
Kursus Singkat (PTI/PBA/PAQ): $20.00/rujukan
-
Kursus Panjang (SPI ke atas): $50.00/rujukan
Proses
-
Pautan bagi permohonan IBS ini boleh didapati semasa membuat pendaftaran program IPIP.
-
Proses permohonan IBS akan memakan masa dalam sebulan.
-
Keputusan IBS akan dimaklumkan melalui emel.

Skim Biasiswa IPIP
Aktiviti Utama Kami
Aktiviti utama kami merangkumi program pendidikan Islam, latihan, dan inisiatif khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh pihak majlis.
.png)
Hari Orientasi Pelajar (HOPe):
Hari Orientasi Pelajar (HOPe) merupakan program di dalam satu hari untuk menyambut dan memperkenalkan pelajar baru berkenaan sistem pendidikan di IPIP. Diadakan dua kali setahun sebelum bermula pengajian. Program ini dianjurkan oleh jawatankuasa HOPe dan di bawah penyeliaan pihak IPIP. Matlamat Hari Orientasi Pelajar (HOPe) adalah: Untuk mendedahkan pelajar-pelajar mengikuti pendidikan Islam di IPIP Untuk mempamerkan imej cemerlang pelajar IPIP kepada orang ramai Untuk membentuk belia yang menjadi pemimpin agama pada masa akan datang Untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu global semasa yang berkaitan dengan Islam Untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang akan melengkapkan mereka untuk menjadi pendakwah Islam (Da’i). Sesi taaruf antara pelajar dilaksanakan dalam bentuk permainan agar pelajar diberi peluang berinteraksi dan mengukukuhkan ukhuwah antara mereka. Ucapan motivasi yang bertemakan Ilmu, Iman dan Amal juga akan disampaikan oleh asatizah. Ia bertujuan agar dapat membakar semangat para peserta di dalam menuntut ilmu sepanjang perjalanan di IPIP. Selain itu, perkongsian bersama asatizah IPIP berkenaan modul yang dipelajari turut dikongsikan.

Tadarus Al-Quran:
Tadarus al-Quran telah dimulakan pada tahun 2010. Ia merupakan program tahunan yang diadakan setiap hari Ahad pada bulan Ramadhan untuk pelajar IPIP dan orang awam. Ia terdiri daripada sesi tadarus al-Quran dan diakhiri dengan Majlis Khatam al-Quran. Para peserta akan dibentuk 5 hingga 10 kumpulan dengan seorang Pentasmi’ di dalam setiap kumpulan. Mereka akan membaca 10 juz pada setiap minggu sehingga melengkapkan keseluruhan al-Quran pada minggu ketiga. Majlis Khatam al-Quran akan diraikan dengan kehadiran para peserta IPIP, asatizah IPIP, alumni dan orang awam. Selepas setiap bacaan doa, sesi tazkirah berkaitan kepentingan membaca al-Quran dan mengkhatamnya turut dikongsikan. Matlamatnya adalah untuk memupuk ikatan antara pelajar IPIP, asatizah IPIP dan orang awam melalui pembacaan al-Quran.

Adopted Charity (AC)
Adopted Charity adalah satu program kemasyarakatan pada bulan Ramadan yang bermula pada tahun 2011 dan dianjurkan oleh Majlis Pelajar Pergas. Matlamat Adopted Charity adalah untuk memperkenalkan dakwah, mendekati dan mendidik anak remaja. Kami bekerjasama dengan komiti AC dari Pergas dan organisasi yang lain untuk menyemai nilai keluarga Islam.

Syabab
Muzik mempunyai kesan yang mendalam kepada jiwa. Melalui nyayian puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW, tentu saja akan membawa kita kepada yang indah. Anda tidak perlu mempunyai suara yang sempurna, semua yang anda perlukan adalah suara yang terus dari hati anda. Sertai Syabab hari ini!

Program
Pendapatan Kasar Isi Rumah
(Gross Household Income – GHI)
Pendapatan Per Kapita
(Per Capita Income – PCI)
Kadar Bantuan
Pengajian Al-Quran
Tidak melebihi $2,750.00
Tidak melebihi $690.00
30% subsidi yuran kursus keseluruhan
Pengajian Bahasa Arab
Tidak melebihi $2,750.00
Tidak melebihi $690.00
30% subsidi yuran kursus keseluruhan
Program Takrif Islam
Tidak melebihi $2,750.00
Tidak melebihi $690.00
30% subsidi yuran kursus keseluruhan
Sijil Pengajian Islam
Tidak melebihi $2,750.00
Tidak melebihi $690.00
30% subsidi yuran kursus keseluruhan
Sijil Lanjutan Pengajian Islam
Tidak melebihi $2,750.00
Tidak melebihi $690.00
30% subsidi yuran kursus keseluruhan
Diploma Pengajian Islam
Tidak melebihi $2,750.00
$2,750.01 – $4,000.00
Tidak melebihi $690.00
$690.01 – $1,000.00
50% subsidi yuran satu (1) semester
30% subsidi yuran satu (1) semester
Bachelor of Islamic Revealed Knowledge & Heritage
Tidak melebihi $2,750.00
Tidak melebihi $690.00
100% subsidi yuran satu (1) semester
Master of Islamic Revealed Knowledge & Heritage
$2,750.01 – $4,000.00
$690.01 – $1,000.00
50% subsidi yuran satu (1) semester
Master of Islamic Thought & Civilisation
$4,000.01 – $6,900.00
$1,000.01 – $1,725.00
30% subsidi yuran satu (1) semester


