top of page

6 Soalan untuk Puan Khairiyah

Updated: Aug 25

ree
  1. Apakah kebimbangan yang anda hadapi semasa ingin mengikuti pengajian di IPIP?


    Saya bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan durasi pengajian kelas iaitu 4 jam setiap sesi, oleh kerana Pengajian Bahasa Arab agak berat.


  2. Apakah yang anda temui/dapati setelah akhirnya memilih IPIP untuk mengikuti kursus Pengajian Bahasa Arab?


    Waktu kelas dibahagikan dengan selesa, dengan masa rehat yang memadai di pertengahan kelas supaya ada ruang untuk soal jawab dengan asatizah dan sebagainya.


  3. Jelaskan apakah perasaan anda apabila telah mengikuti Pengajian Bahasa Arab ini?


    Lebih yakin untuk menyambung pengajian Islam di peringkat yang lebih tinggi dan mempunyai modul-modul Bahasa Arab.


  4. Apakah satu perkara utama yang anda minat tentang Pengajian Bahasa Arab di IPIP? Jelaskan.


    Kami diberi tugasan berkumpulan yang mendorong kami untuk saling membantu dalam mengulangkaji pelajaran, satu faktor yang saya percaya penting untuk meningkatkan semangat mempelajari bahasa Arab.


  5. Apakah 3 perkara lain yang terus mendorong anda untuk meneruskan Pengajian Bahasa Arab hingga selesai?


    - Lokasi dan waktu pengajian sesuai dengan jadual peribadi

    - Asatizah yang berpengalaman dan mudah didekati

    - Sijil IPIP yang diiktiraf


  6. Adakah anda akan sarankan kepada mereka yang di luar sana untuk mengikuti Pengajian Bahasa Arab di IPIP? Mengapa?


    - Ya, kerana Pengajian Bahasa Arab di IPIP ini bermula daripada peringkat asas. Sesuai untuk rakan-rakan yang tidak mempunyai asas bahasa Arab.

    - Durasi pengajian sangat berpatutan


Comments


Commenting on this post isn't available anymore. Contact the site owner for more info.
bottom of page