
Pendaftaran dan Pembayaran
Proses Pendaftaran
Setiap bahagian dalam pendaftaran “online” perlu diisikan dengan lengkap. Sila pastikan ruangan maklumat yang diminta terisi dengan lengkap dan jelas sebelum menghantar borang, tiada perubahan dibenarkan selepas itu.
Salinan dokumen-dokumen perlu dihantar bersama borang pendaftaran yang telah dicetak dalam masa seminggu dari tarikh penerimaan penghantaran “online”.
Proses permohonan akan lewat atas sebab-sebab kekurangan dokumen yang diperlukan. Dokumen-dokumen tersebut tidak akan dikembalikan.
Penyerahan sijil dan dokumen asli tidak dibenarkan. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan dan kerosakan dokumen tersebut.
Permohonan harus diberikan mengikut aturan tersebut:
1. Borang permohonan yang diisi dan dicetak, pengesahan tandatangan beserta sekeping gambar berukuran saiz paspot anda.
2. Salinan Kad Identiti (depan dan belakang) atau salinan paspot yang mengandungi maklumat.
3. Salinan sijil akademik
4. Salinan transkrip peperiksaan atau keputusan peperiksaan bagi yang belum menerima transkrip
5. Salinan sijil-sijil sampingan yang bersesuaian
Informasi Pembayaran
Yuran Pendaftaran
-
‘crossed’ cek harus ditulis dengan nama ‘PERGAS’
-
tidak akan dikembalikan dan tidak boleh dialihkan kepada orang lain
Yuran Pengajian
-
Pembayaran yuran penuh perlu dibuat sebelum kelas Program Takrif Islam dan Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian al-Quran bermula.
-
Pembayaran yuran semester pertama perlu dibuat sebelum kelas Sijil Pengajian Islam dan Sijil Lanjutan Pengajian Islam bermula.
-
Pembayaran yuran 3 bulan pertama Diploma Pengajian Islam perlu dibuat sebelum semester bermula.
-
Yuran tertakluk kepada 7% GST bermula 1 November 2020.
-
Pelajar yang tidak membuat pembayaran tidak dibenarkan memasuki pengajian.
Penarikan diri
-
Pelajar yang menarik diri selepas pengajian bermula maka dikenakan ke atasnya yuran penuh. Ini bermakna pelajar itu wajib melunaskan baki yuran kursus yang tertunggak. Pelajar yang membayar secara bulanan juga tertakluk kepada undang-undang ini.
-
Setiap permohonan penarikan diri perlu dilakukan secara bertulis.

Sila rujuk rajah di bawah berkaitan dengan hal penarikan diri
100%
Peratusan yuran dikembalikan
Lebih dari 7 hari sebelum tarikh pengajian bermula
70%
Peratusan yuran dikembalikan
Kurang dari 7 hari dari tarikh pengajian bermula
50%
Peratusan yuran dikembalikan
Selepas dan tidak lebih 7 hari dari tarikh pengajian bermula
0%
Peratusan yuran dikembalikan
Selepas 7 hari dari tarikh pengajian bermula
Aktiviti Utama Kami
Aktiviti utama kami merangkumi program pendidikan Islam, latihan, dan inisiatif khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh pihak majlis.
.png)
Hari Orientasi Pelajar (HOPe):
Hari Orientasi Pelajar (HOPe) merupakan program di dalam satu hari untuk menyambut dan memperkenalkan pelajar baru berkenaan sistem pendidikan di IPIP. Diadakan dua kali setahun sebelum bermula pengajian. Program ini dianjurkan oleh jawatankuasa HOPe dan di bawah penyeliaan pihak IPIP. Matlamat Hari Orientasi Pelajar (HOPe) adalah: Untuk mendedahkan pelajar-pelajar mengikuti pendidikan Islam di IPIP Untuk mempamerkan imej cemerlang pelajar IPIP kepada orang ramai Untuk membentuk belia yang menjadi pemimpin agama pada masa akan datang Untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu global semasa yang berkaitan dengan Islam Untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang akan melengkapkan mereka untuk menjadi pendakwah Islam (Da’i). Sesi taaruf antara pelajar dilaksanakan dalam bentuk permainan agar pelajar diberi peluang berinteraksi dan mengukukuhkan ukhuwah antara mereka. Ucapan motivasi yang bertemakan Ilmu, Iman dan Amal juga akan disampaikan oleh asatizah. Ia bertujuan agar dapat membakar semangat para peserta di dalam menuntut ilmu sepanjang perjalanan di IPIP. Selain itu, perkongsian bersama asatizah IPIP berkenaan modul yang dipelajari turut dikongsikan.

Tadarus Al-Quran:
Tadarus al-Quran telah dimulakan pada tahun 2010. Ia merupakan program tahunan yang diadakan setiap hari Ahad pada bulan Ramadhan untuk pelajar IPIP dan orang awam. Ia terdiri daripada sesi tadarus al-Quran dan diakhiri dengan Majlis Khatam al-Quran. Para peserta akan dibentuk 5 hingga 10 kumpulan dengan seorang Pentasmi’ di dalam setiap kumpulan. Mereka akan membaca 10 juz pada setiap minggu sehingga melengkapkan keseluruhan al-Quran pada minggu ketiga. Majlis Khatam al-Quran akan diraikan dengan kehadiran para peserta IPIP, asatizah IPIP, alumni dan orang awam. Selepas setiap bacaan doa, sesi tazkirah berkaitan kepentingan membaca al-Quran dan mengkhatamnya turut dikongsikan. Matlamatnya adalah untuk memupuk ikatan antara pelajar IPIP, asatizah IPIP dan orang awam melalui pembacaan al-Quran.

Adopted Charity (AC)
Adopted Charity adalah satu program kemasyarakatan pada bulan Ramadan yang bermula pada tahun 2011 dan dianjurkan oleh Majlis Pelajar Pergas. Matlamat Adopted Charity adalah untuk memperkenalkan dakwah, mendekati dan mendidik anak remaja. Kami bekerjasama dengan komiti AC dari Pergas dan organisasi yang lain untuk menyemai nilai keluarga Islam.

Syabab
Muzik mempunyai kesan yang mendalam kepada jiwa. Melalui nyayian puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW, tentu saja akan membawa kita kepada yang indah. Anda tidak perlu mempunyai suara yang sempurna, semua yang anda perlukan adalah suara yang terus dari hati anda. Sertai Syabab hari ini!



