
About the Program
The Sijil Pengajian Islam Programme is designed for students to learn and understand the subjects of Fardu Ain (Individual Religious Obligations), Tafsir (Quranic Exegesis), Hadith (Prophetic Traditions), and Tajwid (Quranic Recitation Rules).
The curriculum is set to be equivalent to the GCE ‘O’ Level IRK (Islamic Religious Knowledge) syllabus, structured specifically to meet the needs of adult students. For effective learning, the programme incorporates both theoretical and practical approaches.
Program Objectives

To nurture Muslims who understand Islam, practice its teachings, and carry out their obligation of Islah in line with the contemporary context of life in Singapore.

To equip students with a foundational understanding of fardu 'ain and other Islamic sciences.

To enable students to read the Quran fluently with proper tajwid.
-
Must be 16 years old and above.
-
Must possess qualifications or a certificate from one of the following:
-
Completion of the Program Takrif Islam (PTI) at IPIP
-
Sijil Pengajian Islam Belia Perdaus
-
Teens Alive
-
Simply Islam
-
ADIL
-
IRK (Islamic Religious Knowledge)
-
Kelas Bimbingan Menengah (Andalus)
-
Any other recognised fardu ‘ain course
-
-
Must be able to read the Quran.
Why Choose SPI
Structured learning, adapted according to each student's level.
Experienced teachers (Asatizah) to guide you in mastering Tajweed.
A supportive learning environment, with small class sizes.
.jpg)


Luqman
Pelajar SPI
Saya menyertai program SPI untuk menyambung semula pendidikan Islam saya setelah berasa hilang arah dalam amalan asas seperti solat. Setiap pelajaran benar-benar membuka mata saya dan menyedarkan betapa banyaknya yang masih perlu saya pelajari. Alhamdulillah, ia telah banyak meningkatkan ilmu dan ibadah saya.


Yusman
Pelajar SPI
Melalui program SPI di IPIP, saya dapat mendalami pemahaman saya dalam tafsir Al-Quran, hadith, dan memperbaiki hafalan Al-Quran. Pembelajarannya tersusun dan sangat memberi kesan dalam kehidupan saya.


Haryani
Pelajar SPI
Sejak menyertai IPIP, bacaan Al-Quran saya telah banyak meningkat. Program SPI ini sangat berstruktur dan merangkumi Fardu Ain, Tafsir, Hadis dan Tajwid—ia benar-benar telah memperkayakan perjalanan kerohanian saya.


Muhammad Azahari
Pelajar SPI
Tiga perkara yang saya suka dalam kelas ini adalah, ia menggunakan sistem modular, satu modul, satu peperiksaan. Ia membantu fokus pada setiap topik; dan kelas juga tersusun rapi dengan bahan pembelajaran yang lengkap.
Yuran
Pendaftaran & Administrasi
$163.50 (Wang tidak akan dikembalikan)
Pengajian
$2014.70
Struktur Pembayaran
Students are required to pay the tuition fee via Giro.
Pembayaran Pertama
$359.70
Bulanan
SPI Ekspress: $165.50 (for 10 months)
SPI Weekly: $82.75 (for 20 months)
*Semua harga yang tertera sudah termasuk GST.

IPIP juga menawarkan biasiswa untuk para pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang memerlukan sokongan kewangan tambahan.
-
SPI Ekspres hanya mempunyai satu pengambilan Januari.
-
Tidak boleh buat masa ini.
FAQ
Modul Program
Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Tauhid dan kepentingannya. Ia kemudian akan membahaskan tajuk-tajuk rukun iman yang enam. Dari bab beriman kepada Allah hingga beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah.
Secara umumnya, modul ini akan memberi pengenalan dan mukadimah kepada Ilmu Aqidah dan akan menyentuh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Makrifat kepada Allah dan sifat-sifatnya, hal ehwal Kenabian, tanda-tanda Kiamat dll. Pengajaran Akidah ini berdasarkan / berpegang dengan aliran golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Modul ini memberi singkapan awal terhadap pengertian Hadis Nabawi dan istilah-istilah yang diguna pakai dalam pengajian Hadis dan Teks Hadis. Modul ini juga memperkenalkan kepada pelajar beberapa tokoh terkemuka dalam pengajian hadis. Dalam masa yang sama, pelajar akan mempelajari beberapa hadis-hadis pilihan dari kitab al-‘Arbain an-Nawawiyah dan hadis Sahih Imam Bukhari.
Modul ini akan mendedahkan pelajar tentang kepentingan pengetahuan Sirah Nabawiyyah dalam memahami Islam. Ia membincangkan tentang hal keadaan masyarakat dunia secara amnya dan masyarakat Arab jahiliyah secara khusus sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w sehingga kewafatannya. Selanjutnya ia akan menyentuh tentang permulaan hijrah, hal masyarakat di Madinah dunia secara amnya, keadaan selepas hijrah, peperangan dalam sejarah Rasulullah s.a.w menurut susunan kronologi. Ia juga menerangkan tentang zaman pemerintahan Khulafa’ Rasyidin, seterusnya menyentuh peristiwa-peristiwa dalam sejarah sahabat Rasulullah.
Kemudian ianya akan mencakupi penerangan mengenai pemerintahan selepas itu iaitu Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Tajuk yang akan disentuh adalah pembentukan, kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah. Di samping itu, pelajaran ini juga dapat mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah serta mencontohi akhlak mulia beliau baginda.
Modul ini menerangkan tentang kepentingan memahami tuntutan Allah s.w.t yang terkandung dalam Al-Quran dari Juz ‘Amma. Setiap surah mempunyai huraian dan kesimpulan. Kursus ini juga akan menerangkan secara am dan ringkas perbahasan yang berkaitan dengan ilmu Usul at-Tafsir. Ia juga mengupas maksud, hukum-hakam, kisah-kisah & pengajaran daripada surah-surah pilihan.
Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Fiqh dan juga dasar-dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang berkaitan bab Ibadat. Pengajian akan menyentuh hukum berkaitan taharah, solat, zakat, puasa dan Haji. Secara umum, kursus akan menyentuh mengenai hal dan keadaan kehidupan harian seorang Muslim. Ia juga akan memperlihatkan pelaksanaan hukum-hukam (Fiqh) secara praktikal. Pengajaran Fiqh ini berdasarkan pegangan mazhab Imam Syafie.
Modul ini akan memperkenalkan kepada ilmu Tajwid Al-Quran dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya yang merangkumi hukum Nun Sakinah & Tanwin, Mim Sakinah, Bahagian Idgham, Mad & Qasar, Huruf- Huruf di awal Surah , Waqf & Ibtida’ , Saktah , Sujud Tilawah , Hamzah Bersambung , Rasm Utsmani & Tanda Bacaan gan pembacaan Al-Quran yang meliputi hukum-hukum Tajwid pada peringkat permulaan.

Anda kini berada di sini!
Laluan pengajian Islam di IPIP
Program Takrif Islam (PTI)
3 or 6 Months
Sijil Pengajian Islam (SPI)
1 or 2 Years
Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI)
1.5 or 3 Years
Penilaian Program
Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian.
(Pelajar perlu menduduki peperiksaan menulis dan menghafal dalam satu masa). Keseluruhannya, penilaian sepanjang semester:
1. Modul - Modul
30%
Bilik Darjah
10%
Kehadiran
60%
Peperiksaan
2. Syarat Kelulusan
50% ke atas
Syarat Lulus
3. Hafalan Quran & Hadith
100%
Ujian Lisan
65% ke atas
Syarat Lulus





